1. Sekalung tahniah ayah serta ibu ucapkan kepada anakanda Iman atas pencapaian UPSR, 2A2B1C. Meminjam kata2 makteh, "this is not the end of the world, anak2 kekadang excel diperingkat yang akan datang". berbekalkan kata2 itu, ayah harap Iman akan teguhkan azam untuk melangkah ke gerbang sekolah menengah dengan semangat untuk terus maju.
2. Ibu & ayah sempat singgah ke sekolah untuk sama2 meraikan pencapaian Iman dan rakan2 yang cemerlang dengan 5a.
3. tahniah kepada pengetua, guru2 dan pengurusan sekolah kerana tahun ini seramai 49 murid berjaya mencapai 5A.
4. tahniah khususnya kepada anak2 jiran yg turut cemerlang. semoga kejayaan mereka akan menjadi pendorong buat iman dan anak2 ayah ...