1. hari ni ada tugasan lawatan tapak di pdb office klia ...nak buat kad system, alat cegah kebakaran dan bekal pencetak. sebelum nak ke kawasan tapak, kami bernasib baik kerana orang tidak begitu ramai. kata orang pdb, silap haribulan, kita mungkin kena tunggu hampir 2 jam sebelum dibenarkan masuk dan taklimat dan lawatan tapak mungkin 2 jam. menurut kata orang pdb, kawalan keselamatan begitu ketat setelah ada kes di gudang MAS KArgo ....by 1;30pm segalanya selesai setelah bermula jam 11 pagi tadi.
2. seharian diluar dan tak sempat masuk pejabat ...ada 2 tugasan tak selesai, malam nie
3. sempat singgah IOI mall sebab nak cari gambar2 binatang dan tumbuhan bagi aktiviti sains Izzah.
4. bat asyik sakit perut ...kena bawak ke klinik.
Thursday, February 19, 2009
Wednesday, February 18, 2009
anugerah kecemerlangan, prestasi sederhana ...
1. baru-baru ni, sekolah kebangsaan putra perdana (sktpp) telah meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik bagi semua peringkat (tahun). tahniah diucapkan terutamanya pelajar-pelajar cemerlang upsr 2008 iaitu seramai 33.
2. pencapaian sktpp dalam upsr 2008 amatlah membangga jika dibandingkan pada tahun sebelumnya yang hanya seramai 7 orang.
3. melihat dari prestasi pelajar-pelajar tahun 6 2008, mereka memang mampu dibentuk untuk mencipta kejayaan. jika dilihat kepada fakta yang diterbitkan dalam lampiran cerderhati mesyuarat pibg, prestasi pelajar diperingkat ujian sekolah tidak menggambarkan yang pelajar sekolah tersebut akan cemerlang dalam upsr dan begitulah sebaliknya. namun begitu sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada guru-guru atas kejayaan mereka.
4. tekanan kini pelajar tahun 6 2009 dan juga guru-guru ...sama ada mampu mengekalkan prestasi atau meningkatkan pencapaian upsr kepada angka yang lebih signifikan. guru besar telah memberi mandat dan cabaran untuk menggandakan angka pencapaian upsr 2009 kepada 66 orang atau lebih sebagai tanda hadiah persaraannya kelak.
5. namun jika dinilai prestasi akademik pelajar tahun 5 yang naik ke pentas untuk menerima anugerah, pencapaian mereka agak membimbangkan. mungkin, ibu bapa dan guru-guru pelajar-pelajar tahun 6, perlu mencari formula bagi memastikan pelajar-[elajar mampu menggalas tanggungjawab untuk sama-sama meletakkan azam untuk mencapai 5A dalam upsr 2009. tidak mustahil untuk mencapai lebih dari 66 orang ....
6. anak saya kelas tahun 3 mengeluh kerana dua orang gurunya tidak hadir kerana seorang berkhursus dan yang seorang lagi cuti bersalin ....
7. rasanya pibg kena tubuh satu skuad memantau kehadiran guru dalam kelas dan jika ada guru yang tidak hadir, pastikan ada guru yang mengganti tempat beliau.

kawasan riadah, denggi, fogging, sampah
1. alhamdulillah, akhirnya hutan kecil di depan rumah jalan pp 6/32 telah dibersihkan. apa langkah seterusnya ...? ada cadangan agar dibuat tempat untuk riadah. namun dimana nak cari dananya. sementara mencari bajet, ada yang mengusahakan tanaman sayuran secara percubaan.
2. baru-baru ni jiran jalan pp 6/31 disahkan kena denggi. sempat melawat beliau di columbia. keadaan belum membahayakan. beliau begitu proaktif ...dalam pada sedang sakit sempat menelefon MPSp agar tindakan segera perlu diambil kerana beliau telah disahkan kena denggi. maka pihak majlis pun telah datang itu pun setelah didesak berkali-kali.
3. suatu petang pulang dari office, anak-anak memaklumkan bahawa ada orang sembur 'ásap'. alhamdulillah ...
4. jiran sebelah telah membuat aduan kepada pihak majlis tentang sampah yang tidak dikutip. rupa-rupanya kontraktor yang dulu telah ditamatkan perkhidmatan. kontraktor baru tealh dilantik dan menurut pembantu rumahku, lori sampah datang waktu senja/malam ...selang hari.

Monday, February 2, 2009
2009 ...ke mana hala tuju
1. selamat tahun baru, gong-xi-fa-cai dan salam sejahtera semuanya.
2. sebulan telah berlalu utk tahun 2009. ke mana hala tuju kita.
3. topik yang paling hangat adalah ekonomi global yang bakal yang sedang mengancam dan pakar telah menafsirkan keadaan gawat yang berlaku sekarang hanya lah permulaan sahaja. maknanya keadaan makin meruncing dalam masa terdekat dalam tahun ini.
4. namun begitu, peristiwa yang paling mengemparkan adalah apabila israel menceroboh dan menghenyak rakyat palestine yang serba kekurangan dan daif
5. tabung demi tabung bantuan dilancarkan ....
6. suasana politik negara tak kurang hebatnya ...malas nak komen
7. suasana berpuak-puak juga jelas kelihatan dalam pemilihan j/kuasa masjid tpp.
8. putik bender dan jagung sedang naik
9. semoga tahun 2009 memberi sedikit sinar cahaya kejayaan biarpun suasana kelam.

Subscribe to:
Comments (Atom)