Wednesday, February 18, 2009

anugerah kecemerlangan, prestasi sederhana ...

1. baru-baru ni, sekolah kebangsaan putra perdana (sktpp) telah meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik bagi semua peringkat (tahun). tahniah diucapkan terutamanya pelajar-pelajar cemerlang upsr 2008 iaitu seramai 33.
2. pencapaian sktpp dalam upsr 2008 amatlah membangga jika dibandingkan pada tahun sebelumnya yang hanya seramai 7 orang.
3. melihat dari prestasi pelajar-pelajar tahun 6 2008, mereka memang mampu dibentuk untuk mencipta kejayaan. jika dilihat kepada fakta yang diterbitkan dalam lampiran cerderhati mesyuarat pibg, prestasi pelajar diperingkat ujian sekolah tidak menggambarkan yang pelajar sekolah tersebut akan cemerlang dalam upsr dan begitulah sebaliknya. namun begitu sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada guru-guru atas kejayaan mereka.
4. tekanan kini pelajar tahun 6 2009 dan juga guru-guru ...sama ada mampu mengekalkan prestasi atau meningkatkan pencapaian upsr kepada angka yang lebih signifikan. guru besar telah memberi mandat dan cabaran untuk menggandakan angka pencapaian upsr 2009 kepada 66 orang atau lebih sebagai tanda hadiah persaraannya kelak.
5. namun jika dinilai prestasi akademik pelajar tahun 5 yang naik ke pentas untuk menerima anugerah, pencapaian mereka agak membimbangkan. mungkin, ibu bapa dan guru-guru pelajar-pelajar tahun 6, perlu mencari formula bagi memastikan pelajar-[elajar mampu menggalas tanggungjawab untuk sama-sama meletakkan azam untuk mencapai 5A dalam upsr 2009. tidak mustahil untuk mencapai lebih dari 66 orang ....
6. anak saya kelas tahun 3 mengeluh kerana dua orang gurunya tidak hadir kerana seorang berkhursus dan yang seorang lagi cuti bersalin ....
7. rasanya pibg kena tubuh satu skuad memantau kehadiran guru dalam kelas dan jika ada guru yang tidak hadir, pastikan ada guru yang mengganti tempat beliau.

No comments: