1. alhamdulillah, akhirnya hutan kecil di depan rumah jalan pp 6/32 telah dibersihkan. apa langkah seterusnya ...? ada cadangan agar dibuat tempat untuk riadah. namun dimana nak cari dananya. sementara mencari bajet, ada yang mengusahakan tanaman sayuran secara percubaan.
2. baru-baru ni jiran jalan pp 6/31 disahkan kena denggi. sempat melawat beliau di columbia. keadaan belum membahayakan. beliau begitu proaktif ...dalam pada sedang sakit sempat menelefon MPSp agar tindakan segera perlu diambil kerana beliau telah disahkan kena denggi. maka pihak majlis pun telah datang itu pun setelah didesak berkali-kali.
3. suatu petang pulang dari office, anak-anak memaklumkan bahawa ada orang sembur 'ásap'. alhamdulillah ...
4. jiran sebelah telah membuat aduan kepada pihak majlis tentang sampah yang tidak dikutip. rupa-rupanya kontraktor yang dulu telah ditamatkan perkhidmatan. kontraktor baru tealh dilantik dan menurut pembantu rumahku, lori sampah datang waktu senja/malam ...selang hari.
No comments:
Post a Comment